MAKLUMAN BIASISWA JPA (LATEST)

Makluman.

Pihak PERSIAP telah menghubungi JPA pada semalam (9 Oktober 2009).

Pihak JPA memaklumkan kami bahawa biasiswa bagi pelajar perubatan UKM sedang diproses dan akan dibayar secara serentak (tahun 1 hingga tahun 5). Ini adalah kerana pihak JPA membuat pembayaran biasiswa secara berkelompok mengikut intitusi pengajian.

Bagi UKM, pembayaran dilakukan secara serentak walaupun pelajar-pelajar tahun klinikal ( tahun 3, 4 dan 5) memulakan semester lebih awal berbanding pelajar tahun pra-klinikal (tahun 1 dan 2).

Pihak JPA juga memaklumkan pihak kami bahawa pembayaran biasiswa JPA bagi pelajar perubatan UKM akan dilakukan dalam tempoh SELEWAT-LEWATNYA 3 MINGGU DARI SEKARANG. Diharap sahabat-sahabat sekalian dapat bersabar.

Jika ada sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan kewangan, anda boleh mendapatkan Borang Pendahuluan Biasiswa daripada Exco Kebajikan PERSIAP yang berupa pinjaman kewangan daripada pihak UKM.

Berikut adalah antara beberapa SYARAT untuk pinjaman tersebut:
i) Mendaftar pada semester yang dipohon
ii) Sedang menerima tawaran biasiswa/ pinjaman
iii) Tidak berhutang pada semester sebelumnya
iv) Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan terkini
v) Jumlah pendahuluan (pinjaman) ini akan dicaj dalam yuran pengajian semester yang sama
vi) Kadar maksimum pendahuluan adalah RM400.00
vii) Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar.

Urusan permohonan wang pendahuluan ini biasanya memakan masa selama 2 MINGGU.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Exco Kebajikan/Exco KCKL PERSIAP.
Exco Kebajikan 1 – Mohd Fahmi (Tahun 3) – 019-2460272
Exco Kebajikan 2 – Noor Masita (Tahun 3) – 013-9654522
Exco KCKL – Khairul Azreen (Tahun 2) – 017-4407814

EXCO KEBAJIKAN PERSIAP 0910