Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PERSIAP), anda kini boleh mengemukakan aduan / masalah yang anda hadapi melalui halaman ini. Segala-galanya menjadi lebih mudah dan insyaAllah karenah birokrasi dalam PERSIAP dapat diminimumkan.
Bagi mengelakkan aduan / masalah palsu, anda digalakkan (optional) menulis sekurang-kurangnya nombor matrik anda dan tahun pengajian anda. Adalah lebih baik sekiranya disertakan nama penuh anda.
Selain itu, sebarang komen atau cadangan terhadap halaman web ini atau organisasi PERSIAP turut dialu-alukan.
Terima kasih.
PERSIAP