Makluman.
Pihak PERSIAP telah menghubungi JPA pada semalam (9 Oktober 2009).
Pihak JPA memaklumkan kami bahawa biasiswa bagi pelajar perubatan UKM sedang diproses dan akan dibayar secara serentak (tahun 1 hingga tahun 5). Ini adalah kerana pihak JPA membuat pembayaran biasiswa secara berkelompok mengikut intitusi pengajian.
Bagi UKM, pembayaran dilakukan secara serentak walaupun pelajar-pelajar tahun klinikal ( tahun 3, 4 dan 5) memulakan semester lebih awal berbanding pelajar tahun pra-klinikal (tahun 1 dan 2).
Pihak JPA juga memaklumkan pihak kami bahawa pembayaran biasiswa JPA bagi pelajar perubatan UKM akan dilakukan dalam tempoh SELEWAT-LEWATNYA 3 MINGGU DARI SEKARANG. Diharap sahabat-sahabat sekalian dapat bersabar.
Jika ada sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan kewangan, anda boleh mendapatkan Borang Pendahuluan Biasiswa daripada Exco Kebajikan PERSIAP yang berupa pinjaman kewangan daripada pihak UKM.
Urusan permohonan wang pendahuluan ini biasanya memakan masa selama 2 MINGGU.
EXCO KEBAJIKAN PERSIAP 0910