HARI INTERAKSI KCKL

Hari Interaksi KCKL akan diadakan pada 19 Julai 2009 Ahad ini di Dewan Kuliah 1 Kampus KL UKM bermula jam 9.00 pagi.

Antara intipati program ialah bacaan ikrar, tayangan video, ceramah Prof Shahrir dan "Crazy Ospe".

Semua pelajar dijemput hadir termasuklah pelajar tahun 3, 4 dan 5 kerana sesi beramah mesra dan rakaman foto bersama buddy akan dijalankan. Foto rantaian buddy akan disimpan sebagai salah satu khazanah warisan PERSIAP.

Sekiranya semua rantaian buddy dapat hadir, ini akan memberi semangat kepada pelajar yang lebih junior dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka tidak berseorangan.

Inilah masanya untuk anda beramah mesra dan berkenal-kenalan dengan buddy anda. Hidupkan dan mantapkan sistem buddy!

Jom datang ramai2!

p/s : tiada makanan disediakan untuk tahun 3-5 kerana kekangan kewangan. pelajar tahun 1 dan 2 akan dapat makanan kerana mereka membayar yuran sebanyak rm5. harap maklum.