bekalan topeng muka

Pada jam 11.30 malam 28 Julai 2009, Majlis Tertinggi PERSIAP telah mengadakan perbincangan berkenaan situasi di Kolej Tun Syed Nasir.

Beberapa masalah yang mungkin timbul di kalangan pelajar perubatan di KTSN yang telah dikenalpasti ialah :

1. Duit
2. Topeng muka
3. Makanan

Untuk perkara tersebut, beberapa cadangan penyelesaian telah disenaraikan.

Namun, ini merupakan maklumat terkini untuk permasalahan tersebut :

1. duit - pelajar dibenarkan keluar untuk mengeluarkan wang di atm dengan kawalan dari pihak KTSN petang 29 Julai 2009

2. topeng muka - persiap telah mendapatkan bekalan topeng muka sebanyak 800 unit untuk dibekalkan kepada pelajar perubatan tahun 1 dan 2 di KTSN

3. pelajar yang dikuarantin di blok 6 KTSN mendapat makanan yang dihantar oleh pihak KTSN. status makanan dipercayai percuma (maklumat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya lagi kerana pihak pelajar di sana tidak tahu sama ada perlu dibayar kemuadian ataupun tidak).

Sekiranya ada apa2 permasalahan lain yang timbul, sila hubungi exco KCKL PERSIAP, saudara khairul azreen atau sms kepada YDP PERSIAP di 0193703020.